Tahu Apa Maksud Takaful?

Takafukah Anda? Apa Maksud Takaful?

Takaful merupakan salah satu konsep insurans yang berasaskan Muamalat Islam yang berlandaskan hukum Syariah. Ia memberikan perlindungan bersama aset dan harta serta menawarkan perkongsian risiko bersama sekiranya salah seorang ahlinya mengalami kerugian. Di Malaysia, Industri takaful dikawalselia oleh Akta Takaful 1984 yang memberi garis panduan supaya aktiviti takaful selari dengan kehendak Islam.

Dengan mencarum sejumlah wang yang sebahagiannya akan disalurkan ke dalam dana takaful atas dasar tabarru’ (derma), seseorang itu memeterai kontrak (aqad) bagi membolehkannya menjadi seorang peserta dalam pelan takaful tersebut dengan bersetuju untuk saling membantu antara satu sama lain, sekiranya salah seorang peserta mengalami kerugian yang ditetapkan.

Baca: Quotes Sedih Tentang Hidup – Luahan Isi Hati Cinta

Ibarat hubungan dan perasaan orang-orang beriman sesame mereka adalah seperti jasad, apabila salah satu daripadanya ditimpa kesusahan, maka seluruh anggota yang lain juga akan merasainya – Hadis diriwayatkan Imam Al-Bukhari dan Imam Muslim

Akta Perkhidmatan Kewangan Islam 2013 (IFSA 2013) mengistilahkan takaful sebagai “sesuatu perkiraan yang berasaskan pertolongan secara bersama yang di bawahnya peserta takaful bersetuju menyumbang kepada sesuatu kumpulan wang sama yang menyediakan manfaat kewangan bersama yang kena dibayar kepada peserta takaful itu atau kepada benefisiari pada masa berlaku sesuatu kejadian yang dipersetujui terdahulu.’

Demi hayatku yang berada dalam kekuasaan Allah, tiada siapa yang akan masuk Syurga jika beliau tidak melindungi jirannya yang berada dalam kesusahan. – Hadis Diriwayatkan oleh Imam Ahmad

Baca: Mengapa Premium Takaful Perubatan Sentiasa Meningkat?

Dalam kontrak Takaful, apa yang dimaksudkan dengan tabarru’ ialah sejumlah tertentu derma ikhlas yang dibuat oleh peserta bagi tujuan yang tertentu seperti yang dinyatakan dalam perjanjian atas semangat persaudaraan dan saling berkerjasama. Dana ini akan digunakan untuk membantu ahli yang ditimpa kesusahan.

Takaful terbuka untuk semua. Individu bukan Muslim juga boleh medapatkan perlindungan Takaful atau menjadi ejen Takaful. Kurang tahap kesedaran dan salah faham mungkin sebab mengapa ramai berfikiran Takaful hanya untuk golongan Muslim, padahal perlindungan Takaful luas dan ia untuk semua tanpa mengenal bangsa, agama mahupun kefahaman.

Takafukah Anda? Apa Maksud Takaful? Takafukah Anda? Apa Maksud Takaful?

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *