Pelan Takaful Sebagai Pengganti Gaji

Adalah menjadi satu tanggungjawab suami atau ketua keluarga untuk mencari nafkah untuk isteri dan anak-anak.
Menyedari hakikat musibah boleh berlaku bila-bila masa, Takaful menghasilkan pelan khas bagi menjamin pendapatan anda sekeluarga berterusan.

Ia di panggil Income Replacement yang akan menjamin pendapatan / sumber pencarian pelanggan seandainya berlaku perkara-perkara berikut :

1 – Kematian di usia muda
2 – Lumpuh / Hilang Upaya Kekal disebabkan Kemalangan & Penyakit Kritikal
3 – Menghidap Penyakit Kritikal

Tiga perkara di atas, sekiranya berlaku dalam kehidupan seseorang boleh menyebabkan malapetaka kewangan atau financial disaster.

Baca: Pelan Hibah Takaful Versi Bajet (Mampu Milik)

Pelan Takaful Sebagai Pengganti Gaji
Pelan Takaful Sebagai Pengganti Gaji

Jika berlaku salah satu daripada musibah di atas, seseorang akan tidak dapat lagi meneruskan pekerjaan, Apabila tiada lagi pekerjaan, maka pendapatan pun akan terhenti.

Baca: Zikir Pagi Pembuka Rezeki: Keselamatan dan Dipermudahkan

Dalam keadaan tiada pekerjaan dan pendapatan, dia masih lagi perlu teruskan kehidupan atau dalam kes kematian; isteri, anak-anak dan keluarga masih perlu meneruskan kehidupan.

Bayangkan, bagaimana dia dan/atau keluarga perlu teruskan kehidupan dengan mengekalkan perbelanjaan seperti rumah, makan minum, pakaian, sekolah, kenderaan dan sebagainya – dalam keadaan tiada pendapatan dan pekerjaan. Sekiranya berlaku musibah tersebut, ia akan menyebabkan financial disaster atau malapetaka kemalangan.

Jadi, apakah solusinya?

Solusinya ialah menggunakan plan takaful yang menyediakan jumlah perlindungan yang menyediakan pampasan yang boleh menggantikan pendapatan pemiliknya sekiranya berlaku salah satu daripada 3 perkara di atas.

Sumber: Takaful Info

Leave a Comment

Your email address will not be published. Required fields are marked *